Masa kau kunci segala benda. kau yang memberi waktu untuk rasa itu tumbuh dan berkembang menjadi bunga yang indah menghiasi taman hati. Kini kau bawalah rasa itu pergi, pergi dan janganlah tinggalkan kesan. Seperti kau bawa semua yang pernah aku sayang tinggalkan aku satu persatu. Bawalah semuanya. Tinggalkan aku dalam kenangan yang aku tak ingin untuk kenang.
Pelik macam mana orang boleh berubah melalui masa. Bagaimana masa membuat semuanya berubah hanya dalam sekelip mata. Daripada serapat rapat kini menjadi sejauh jauh perhubungan. Dari seramai ramai kawan, kini hanya tinggal kenangan. Bagaimana perkataan merubah semua yang pernah kita miliki. Hati kecil yang punyai rasa menilai. Namun aku mungkiri kerana kasih sang kekasih yang manis kata berkata. Betapa bodohnya kasih sang kekasih mampu merubah manusia untuk menjadi buta. melihat tetapi buta. Dan betapa bodohnya manusia untuk menilai. Kerana takut tersalah hukum kini aku terpenjara dalam rasa yang aku cipta sendiri. Semuanya kerana hati yang takut melakukan.
p/s someone, just take me away.
No comments:
Post a Comment